( DUA 2012 ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


QURAN SAINTIFIK
MANFAAT PENCIPTAAN HAIWAN DI ALAM SEMESTA




NAMA PENSYARAH : USTAZAH CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM

NAMA AHLI KUMPULAN : 1) NOR AIN NABILA BINTI REZAL (02DGU17F1070)
2) NURUL NAJIHAH BINTI ANANG (02DGU17F1031)
3) SUFI NUR SAKINAH BINTI ABD RAZAK (02DGU17F1025)
4) NURAZRINI BINTI RODUAN (02DGU17F1028)
5) WAN AMIRA NATASYA BINTI WAN ISMAIL (02DGU17F1107)
6) HERZIE SHAZWANI BINTI HAZIZAN (02DGU17F1110)





PENDAHULUAN
      
          Assalamualaikum w.b.t alhamdulillah kami sekumpulan telah berjaya menyiapkan sebuah blog untuk subjek ini bertajuk "QURAN SAINTIFIK; manfaat penciptaan haiwan di alam semesta" mengikut masa yang ditetapkan. Dengan izin Allah S.W.T kerja ini dapat dilakukan dengan baik dan membawa hikmah kepada kami sekumpulan. Kerana melalui tajuk ini kami sekumpulan dapat mendalami tujuan sebenar Allah menjadikan haiwan bagi membantu pertumbuhan ekosistem bumi. Firman Allah s.w.t ;


 Maksud: Dan tidak seekor pun binatang yang berada di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Quraish Shihab
          Bukti paling kuat atas kekuasaan, kebijaksanaan, dan kasih sayang Allah adalah bahwa Dia mencipta segala sesuatu. Tiada binatang yang berada di bumi atau burung yang terbang di langit kecuali diciptakan oleh Allah dengan berkelompok-kelompok seperti kalian, lalu Dia beri ciri khusus dan cara hidup tersendiri. Tidak ada sesuatu apa pun yang luput dari catatan Kami dalam kitab yang terjaga di sisi Kami (al-lawh al-mahfûzh), walau mereka tidak mempercayainya. Pada hari kiamat, mereka akan dikumpulkan bersama bangsa-bangsa lain untuk diadili.
 (1) Makhluk hidup dikelompokkan menurut keluarga-keluarga yang mempunyai ciri-ciri genetik, tugas, dan tabiat tersendiri. Dalam ayat ini terdapat isyarat tentang perbezaan bentuk dan cara hidup antara makhluk-makhluk hidup itu, suatu ketentuan yang berlaku pada manusia dan makhluk hidup yang lain.



PENGENALAN 

Ramai beranggapan bahawa saintis Barat merupakan golongan yang menyingkap rahsia penciptaan haiwan di alam semesta. Namun begitu, ia adalah anggapan yang salah. Sains dan teknologi serta fakta-fakta saintifik seperti proses kejadian alam semesta dan proses kejadian haiwan . Perkaitan manusia dan haiwan amat unik. Hal ini merupakan sunnatullah sejak zaman awal kenabian. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Malah, Allah SWT mengurniakan ilham kepada haiwan yang dikehendaki-Nya untuk memberi pengajaran pada manusia.Hal ini dapat dilihat dalam banyak peristiwa pada era manusia. Antara kisah paling popular ialah kisah dua orang putera Adam AS iaitu Qabil dan Habil di mana Allah SWT mengutuskan sepasang burung gagak untuk memperlihatkan Qabil bagaimana menguburkan Habil yang telah dibunuhnya. Peranan haiwan ternakan misalnya lembu, kambing dan unta turut signifikan pada manusia sebagaimana firman Allah SWT;




Maksud:- Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan.

Begitupun, bukan semua haiwan bermanfaat pada manusia. Ada antaranya berbahaya dan memudaratkan manusia. Dalam Islam, terdapat beberapa spesies haiwan yang dinyatakan oleh Nabi SAW agar dihindari dan dibunuh apabila mengancam. Antaranya tikus, kala jengking, gagak, helang, anjing, ular dan cicak. Golongan haiwan ini digelar Nabi SAW dengan satu gelaran yakni, “haiwan fasiq” (haiwan yang melampaui batas terhadap manusia).Permasalahannya, tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat terhadap konsep “haiwan fasiq adalah lemah”. Mereka hanya faham istilah “haiwan perosak “ apabila merujuk kepada haiwan yang mengganggu kerja seharian manusia sedangkan haiwan fasiq dimaksudkan Nabi SAW juga merujuk kelompok haiwan sama bahkan lebih mendalam . Salah faham masyarakat ini berlaku akibat kekurangan ilmu dan pendedahan terhadap definisi dan skop haiwan fasiq itu sendiri.

FAKTA TENTANG KEJADIAN HAIWAN

Al-Quran meletakkan ada kedudukan yang lebih rendah berbanding manusia. Walaupun begitu Al-Quran menegaskan kepada setiap muslim untuk meperlakukan haiwan dengan rasa belas kasihan dan tidak menganiayai meraka.
Haiwan berserta makhluk lain dipercayai sentiasa memuji Allah walaupun perkara ini tidak dinyatakan sebagaimana yang manusia lakukan
Manusia dan haiwan sangat berkait rapat dalam proses meneruskan kehidupan seharian.
Hikmah Allah mencipta haiwan dimuka bumi ini adalah:
 :- Sebagai satu syarat bagi manusia menyempurnakan ibadat kepada Allah SWT (ibadah korban dan akikah)  
Sebagai sumber makanan manusia
Sebagai kenderaan untuk pelbagai tujuan dan juga berjihad di jalan Allah.
:-unta untuk membawa barang dagangan dan kuda untuk     ditunggang dijalan Allah
Sebagai lambang mukjizat nabi dan Rasul (seperti Nabi Sulaiman AS yang dapat memahami percakapan haiwan)
Sebagai sumber rezeki ( menternak lembu/kambing )


KEJADIAN HAIWAN

•Haiwan berasal dari air


Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Berdasarkan topik yang diberikan kami memilih lebah sebagai salah satu haiwan yang memberi manfaat kepada manusia. Lebah merupakan salah satu jenis serangga yang hidup secara berkelompok atau koloni. Serangga yang termasuk dalam keluarga apidae ini dapat ditemukan hampir disemua benua, kecuali antartika . Lebah tinggal di sarang-sarang yang biasanya bisa kita jumpai di bukit-bukit, di pohon, mahupun di bumbung rumah penduduk. Makanan lebah berasal dari nektar (madu) mahupun serbuk sari bunga.

Dalam sebuah koloni lebah biasanya terdiri daripada 3 kelompok utama iaitu:
•Ratu lebah, merupakan induk dari semua lebah. Dimana       dalam satu koloni hanya terdapat 1 ratu lebah yang             berjenis kelamin betina. Tugas dari ratu lebah adalah           bertelur sepanjang hidupnya. Dimana dalam sehari ia           bisa menghasilkan telur hingga 2000 butir.
•Lebah betina, merupakan komuniti terbesar dalam suatu       koloni lebah. Jumlahnya boleh mencapai puluhan ribu         ekor. Tugas dari lebah betina ini adalah mengumpulkan         nektar mahupun serbuk sari bunga yang nantinya akan         diubah menjadi madu.
•Lebah jantan, dalam sebuah koloni hanya terdapat               ratusan ekor saja. Tugas lebah jantan adalah mengawini       ratu lebah untuk membentuk koloni baru.

Adapun kitaran hidup dari lebah adalah telur lebah yang menetas akan berubah menjadi larva yang nantinya akan makan dari sebagian nektar maupun serbuk sari yang telah dikumpulkan oleh lebah betina (lebah pekerja). Setelah beberapa hari larva-larva tersebut akan berubah menjadi pupa (kepompong) yang selanjutnya akan menjadi anakan lebah.


Manfaat lebah dapat memberikan berbagai macam manfaat diantaranya adalah:


A. Sarang lebah


Sarang lebah atau yang biasa disebut dengan propolis merupakan resin yang dikumpulkan oleh para lebah dari kulit pokok yang nantinya akan digunakan sebagai penutup lubang-lubang pada sarang mereka. Propolis sendiri merupakan bahan-bahan yang lengket dari tumbuh-tumbuhan. Kandungan dari propolis sendiri antara lain adalah protein,  vitamin A, B kompleks, C,D,E, Biotin, maupun Bioflavanoid. Hal tersebut menjadikan sarang lebah sangat baik untuk dikonsumsi.

Adapun beberapa manfaat yang dapat kita peroleh dari mengkonsumsi sarang lebah antara lain adalah:

1.  Anti kulat, Virus, mahupun Bakteria Dalam Tubuh
Kandungan bioflavonoid dalam sarang lebah dapat membantu tubuh untuk menghalang pertumbuhan mikroorganisme seperti virus, jamur, mahupun bakteri yang berbahaya bagi tubuh. Kandungan tersebut sangat ssensitive terhadap beberapa jenis virus seperti Staphyyococcus, Streptococcus, E. Coli, virus influenza, Herpes, H.Pilori, serta Salmonella typhosa.

 2.  Sebagai Sumber Antioksidan alami
Sarang lebah juga bertindak sebagai antioksidan alami yang dapat membantu tubuh dalam melawan serta meneutralkan radikal bebas yang dapat menimbulkan beberapa gangguan kesihatan seperti tumor, kanser, penyakit jantung, stroke, atherosclerosis dan berbagai jenis penyakit lainnya.

3.  Dapat Meningkatkan Sistem Immunisasi
Kandungan biovlafonoid dalam sarang lebah mampu meningkatkan aktiviti sistem imuune dalam tubuh sehingga mampu menghalang berbagai penyakit yang diakibatkan oleh bakteria , virus, mahupun mikroorganisme lainnya, seperti cirrhosis hepatitis, diabetes, gangguan saluran pernafasan, dan lain sebagainya.

4.  Sebagai Antikeradangan
Pengambilan sarang lebah (propolis) dapat membantu menghalang pengeluaran hormon yang dapat menyebabkan reaksi terhadap keradangan atau yang biasa disebut sebagai prostaglandine. Sehingga sangat baik di makan  bagi penderita rheumatoid arthritis seperti radang sendi mahupun aid urat, penyakit nefritis, dan berbagai jenis penyakit lainnya.

5. Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan
Manfaat lebah lainnya adalah terdapat kandungan nutrisi yang terdapat dalam sarang lebah dipercayai mampu menghalang pertumbuhan bakteria helicobakter pylory yang merupakan bakteria penyebab timbulnya keradangan lapisan lambung seperti maag, ulcus lambung, dan lain sebagainya.

6. Mempercepat Proses Penyembuhan Luka
Kandungan vitamin C yang terdapat dalam sarang lebah dapat membantu proses pertumbuhan jaringan baru dalam tubuh, sehingga sangat baik jika dalam proses perawatan mahupun penyembuhan luka.


7. Penghilang Stress
Kandungan nutrisi dalam sarang lebah juga sangat sesuai untuk membantu menekan saraf-saraf pada otak sehingga dapat membuat pikiran menjadi lebih rileks, tenang, beserta dapat menekan rasa takut.





B. Lebah
Selain sebagai penghasil madu yang mempunyai berbagai macam khasiat, lebah juga memiliki fungsi atau manfaat lainnya seperti:

1.  Membantu Proses Penyerbukan pada Tanaman
Proses penyerbukan merupakan salah satu bahagian terpenting pada proses reproduksi tumbuh-tumbuhan berbiji. Dimana penyerbukan adalah proses dimana serbuk sari jatuh pada permukaan putik yang dapat menghasilkan buluh serbuk yang nantinya akan membantu pada proses pembuahan. Peranan lebah dalam proses ini adalah dengan membantu menyebarkan serbuk sari pada bunga-bunga tersebut.

2. Sebagai Terapi Kesihatan
Manfaat lebah juga dapat memberikan kesan perubatan melalui sengatannya. Racun yang dihasilkan dari sengatan tersebut dapat diberikan sebagai terapi untuk berbagai jenis penyakit seperti rheumatoid arthritis, nyeri saraf (neuralgia), multiple sclerosis (MS), mengurangkn reaksi terhadap sengatan lebah pada orang yang alergi (desensitisasi), pembengkakan pada tendon  (tendonitis),  serta kondisi otot seperti fibromyositis dan enthesitis.
Selain mengubati beberapa penyakit diatas, terapi sengatan lebah juga dapat membantu dalam pengubatan penyakit HIV AIDS. Cara kerja sengatan ini antara lain adalah dengan cara memecah cangkang virus penyebab penyakit lalu membunuh atau menghancurkan virus tersebut.



C. Madu

Manfaat lebah lainnya ada pada madu merupakan salah satu bentuk yang dihasilkan oleh lebah.
Kandungan nutrisi yang terkandung didalamnya telah banyak membawa manfaat sejak berabad-abad lamanya. Adapun manfaat madu tersebut antara lian adalah:

1. Sebagai Anti-alergik
Menurut Dr. Matthew Brennecke, seorang  doktor naturopati di Fort Collins, Colorado menyatakan bahawa madu merupakan vaksin alami yang dapat memberi respon immunisasi yang dapat menghasilkan antibodi untuk mengelak terjadinya alergi dalam tubuh. Selain itu, kesan anti-inflamasi yang terdapat dalam madu juga memiliki kemampuan untuk menenangkan batuk serta dapat mengurangi gejala alergi musiman.

2.  Sebagai Sumber tenaga
Dalam setiap sudu madu terdapat sekitar 17 gram karbohidrat yang nantinya akan diproses menjadi  fruktosa serta glukosa yang langsung dapat diserap oleh darah untuk dapat memberikan dorongan energi dengan cepat. Kenaikan gula darah bertindak sebagai sumber tenaga jangka pendek untuk menghasilkan daya tahan lebih lama.

3.  Meningkatkan Memori
Kandungan antioksidan yang terdapat dalam madu dapat membantu mencegah kerosakan sel dalam otak. Sebuah kajian  yang dilakukan pada tahun 2011 menyatakan bahwa dengan mengambil sesudu madu setiap hari dapat meningkatkan memori pada wanita yang memasuki masa menopause serta dapat memberikan terapi alternatif untuk penurunan intelektual yang berhubungan dengan hormon. Selain itu, manfaat madu juga dapat membantu penyerapan kalsium yang sangat diperlukan organ otak.

4.  Menghalang Batuk
Sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal pediatrick pada tahun 2012 menyatakan bahawa madu dapat dijadikan ubat alternative untuk mengatasi gangguan selesema dan batuk. Cecair yang pekat serta rasa manis dalam madu dapat melindungi tekak dari serangan batuk iaitu dengan memicu ujung saraf . Madu juga dapat digunakan untuk mengubati infeksi saluran pernafasan bahagian atas.

5.  Mengatasi Gangguan Tidur
Manfaat lebah juga terdapat dalam madu memiliki sifat yang sama dengan gula, iaitu dapat meningkatkan insulin dan melepaskan serotonin untuk meningkatkan suasana hati dan kebahagiaan. Madu mengandung asid amino, termasuk tryptophan yang kemudian diubah menjadi serotonin dan kemudian ke melatonin.
Menurut Rene Ficek, ahli diet serta ahli gizi ahli gizi di Seattle Sutton Makan Sihat di Chicago, Illinois menyatakan bahwa tubuh mengubah serotonin ke melatonin, senyawa kimia yang dapat mengatur kualitas tidur.

6.  Menghilangkan Kelemumur
Menurut sebuah study yang diterbitkan European Journal of Medical Research pada tahun 2001 menyatakan bahawa  menerapkan madu yang telah dicairkan dengan air suam pada daerah kulit kepala, dapat membantu mengatasi rasa gatal yang terjadi akibat timbulnya kelimumur serta keguguran pada rambut. Sifat antibakteria dan antikulat yang terdapat dalam madu juga dapat mengatasi gangguan dermatitis seboroik. Sifat anti-inflamasi dalam madu dapat mengatasi kemerahan dan rasa gatal-gatal pada kulit kepala.

7.  Menyembuhkan luka bakar
Sifat  antibiotik alami yang terdapat dalam madu mampu dalam berbagai macam pengobatan baik internal maupun eksternal. Madu dapat digunakan sebagai pengobatan konvensional untuk luka dan luka bakar sebagai  desinfektan luka. Menurut Dr Diane Radford, seorang ahli onkologi bedah payudara di St Louis, Mo, mengatakan bahawa madu memiliki sifat antibakteria untuk penyembuhan luka.

8.  Perawatan kecantikan
Madu merupakan bahan dasar pembuatan kosmetik sejak bertahun-tahun lamanya. Selain teksturnya yang lembut, madu juga mengandung berbagai macam nutrisi seperti vitamin, mineral, antioksidan, serta potasium. Kandungan nutrisi-nutrisi tersebut dimanfaatkan dalam pembuatan berbagai macam produk kosmetik seperti pelembab, penyegar, mahupun masker.
Dari berbagai macam manfaat lebah diatas, kita bisa mengetahui bahwa lebah merupakan sejenis serangga yang dapat memberikan berbagai jenis manfaat.



LAMPIRAN









KESIMPULAN
Kesimpulannya, dengan terlaksananya tugasan ini oleh kumpulan kami sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami dan juga kalian yang melawati blog kami yang berkaitan dengan manfaat dan kepentingan penciptaan haiwan dimuka bumi ini, inshaa Allah. Sebahagian hadis dan ayat Al-quran yang kami sisipkan ke dalam blog ini dapat menjelaskan lagi tentang kajian ataupun tugasan yang diberi kepada kami. Kami telah meneliti dan menjadikan Al-quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama bagi menyiapkan tugasan ini. Akhirnya, setiap haiwan yang diciptakan oleh Allah mempunyai keistimewaan tersendiri. Kita sebagai manusia haruslah mengambil dan menggunakan manfaat haiwan dengan sebaik-baiknya. dan kita haruslah bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan janganlah kita menganiayai haiwan kerana haiwan adalah makhluk ciptaan Allah.



RUJUKAN
1) http://thayyiba.com/2017/07/24/9352/manfaat-dan-keistimewaan-lebah/
2) http://annahl-o.blogspot.my/p/keajaiban-lebah.html
3) http://saifuddinasm.com/2012/10/01/mumin-bagaikan-lebah/
4) buku teks sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam
5) buku kisah-kisah haiwan di dalam Al-quran dan hadis_Terbitan(KEMILAU PUBLIKA)DEC2015


Comments